"SHORCUT"
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini
melainkan Tuhan itu sendiri. Tuhan menciptakan alam semesta dan juga diri kita
mengikut gambaranya(Kejadian 1:26). Tanpa Tuhan
kita seperti debu atau pasir di tepi pantai. Kita bukanlah sapa-sapa melainkan menjadi
umat Tuhan yang setia kepadaNya hingga hujung nyawa. Berlumba hingga ke garisan
penamat untuk mendapatkan makhota yang telah disediakan olehNya(1 Korintus 9:25)
Mungkin kita pernah mengalami masalah atau
cabaran di dalam kehidupan kita, namun ingat setiap percubaan yang kita alami
tidak akan melebihi kekuatan kita sendiri kerna Tuhan akan memberi jalan keluar(1 Korintus 10:13). Namun ada manusia yang
merasakan dirinya dicobai oleh Tuhan dan ini adalah sememangnya TIDAK BETUL sama sekali kerana Tuhan tidak akan
mencobai umatNya(Yakobus 1:13). Kadang-kala
apabila kita tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah itu, kebarangkalian kita
mengambil jalan yang muda dan cepat (SHORTCUT). Sebagai
contoh MEMBUNUH DIRI. Manusia seperti ini adalah pendek akalnya. Jika
anda salah seorang daripadanya, maka saya memperingatkan anda untuk berfikir
semula dan pergi ke Hospital. Lihatlah di sana berapa banyak pesakit yang
berjuang untuk hidup tetapi kita senang-senang untuk menamatkan riwayat
sendiri. Jangan ingat bunuh diri adalah senang kerana anda lebih menyusahkan
ahli keluarga anda mahupun saudara mara anda yang lain di dunia ini untuk
menangis mahupun menambahkan lagi penyakit ahli keluarga anda. –Sekiranya
nyawa itu dapat diberikan kepada orang yang lebih memerlukan, alangkah
baiknya....-Renungkan. Tuhan memberkati
No comments:
Post a Comment