"You are the light of the world"

Monday, 8 April 2013


"SHORCUT"

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan Tuhan itu sendiri. Tuhan menciptakan alam semesta dan juga diri kita mengikut gambaranya(Kejadian 1:26). Tanpa Tuhan kita seperti debu atau pasir di tepi pantai. Kita bukanlah sapa-sapa melainkan menjadi umat Tuhan yang setia kepadaNya hingga hujung nyawa. Berlumba hingga ke garisan penamat untuk mendapatkan makhota yang telah disediakan olehNya(1 Korintus 9:25)
Mungkin kita pernah mengalami masalah atau cabaran di dalam kehidupan kita, namun ingat setiap percubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita sendiri kerna Tuhan akan memberi jalan keluar(1 Korintus 10:13). Namun ada manusia yang merasakan dirinya dicobai oleh Tuhan dan ini adalah sememangnya TIDAK BETUL sama sekali kerana Tuhan tidak akan mencobai umatNya(Yakobus 1:13). Kadang-kala apabila kita tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah itu, kebarangkalian kita mengambil jalan yang muda dan cepat (SHORTCUT). Sebagai contoh MEMBUNUH DIRI. Manusia seperti ini adalah pendek akalnya. Jika anda salah seorang daripadanya, maka saya memperingatkan anda untuk berfikir semula dan pergi ke Hospital. Lihatlah di sana berapa banyak pesakit yang berjuang untuk hidup tetapi kita senang-senang untuk menamatkan riwayat sendiri. Jangan ingat bunuh diri adalah senang kerana anda lebih menyusahkan ahli keluarga anda mahupun saudara mara anda yang lain di dunia ini untuk menangis mahupun menambahkan lagi penyakit ahli keluarga anda. –Sekiranya nyawa itu dapat diberikan kepada orang yang lebih memerlukan, alangkah baiknya....-Renungkan. Tuhan memberkati