"You are the light of the world"

Tuesday, 28 February 2012

Adat Lama Vs Agama 
VS
*Note:  R.I.P (Read it Please)
             B.A.S.I.C (Brother and Sister In Christ)
Kali ini saya ingin kongsikan tentang budaya saya iaitu IBAN. Mungkin ada yg tidak tahu kalau orang zaman dahulu tidak mempunyai agama. Bagi bangsa saya, mereka mempunyai kepercayaan sendiri. Mereka percaya kalau kehidupan mereka dijaga oleh nenek moyang mereka (correct me if im wrong). Adat-adat seperti “miring” (adat pemujaan), “manang”(bomoh), “sakang” (ubat2 utk menyembuhkan penyakit, tp bkn utk dimakan) dn banyak lagi yg mereka percaya. ada juga barang/benda yg dijaga/ilmu diturunkan dari generasi ke generasi.
Persoalannya, sebagai kristian yg sudah menerima Yesus sebagai Juruselamat, dan percaya Yesus akan dtg utk kedua kalinya…bukan hanya percaya tetapi melakukan kehendak Bapa yg di Sorga (R.I.P Matthew 7:21): adakah kita terus mempercayai/menjalankan adat2 lama yg sudah lama wujud??? Think back BASIC.
Jujurnya saya ingin kongsikan, keluarga saya (trmasuk saudara2 yg lain) msh lagi mengamalkan adat lama. Suatu saat saya terlalu sedih mengenangkannya apabila mereka membantah apa yang saya katakan. Kenapa mahu perlu jumpa “manang” kalau sakit?? Knp perlu “miring”?? kalau sudah jadi kristian….paling membuatkan saya sedih disaat mereka berkata “ Gereja pun tidak membantah asalkan benda itu baik???” …terguris mendengar kenyataan seperti itu….. saya percaya kalau gereja pun tidak membenarkan…fikir2 balik, adakah mereka ini ada tanya sama father atau pastor?? Sah2 membuat andaian sendiri….jgn bersandar pengertianmu sendiri(R.I.P Amsal 3:5).  
Sampai disini saya kongsikan dan berharap akan lebih banyak lagi yg ingin sy kongsikan bersama. Bawalah perkara ini dalam doa kita, utk bangsa anda sendiri juga serta keluarga….Tuhan memberkati… ~Emmanuel J J

No comments:

Post a Comment